Air mata berjuraian bila nampak arwah ayah di …..

0
1

LARANGAN merentasi negeri dan daerah oleh kerajaan pastinya membuatkan ramai yang merindui suasana kampung halaman ketika ini.

Lebih menyedihkan apabila sambutan Aidilfitri tahun ini menjadi hambar kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman bertemu ayah ibu, adik beradik dan sanak saudara.

Bagi melepaskan kerinduan terhadap kampung halaman seorang pengguna laman sosial TikTok memuatkan kisahnya yang menggunakan ‘google street view’ untuk mengubatkan kerinduannya.

Mungkin apabila dapat melihat bumbung rumah di kampung halaman dapat meredakan kegusaran di hati meskipun hanya melalui google street view.

Namun lain pula terjadi apabila aplikasi itu menunjukkan rumah tempat dia membesar di skrin telefon bimbitnya.

Perasaan rindu yang pada mulanya masih boleh dikawal lagi tiba-tiba bertukar menjadi sukar dibendung, air mata laju berjurai apabila aplikasi itu menunjukkan kelibat insan yang paling disayanginya.

Pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai @topanjey itu merakamkan kisah yang tidak disangka-sangka itu di dalam video TikToknya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki lengkap berbaju putih dan berkopiah di hadapan rumah, dipercayai sedang bersiap untuk ke masjid.

“Mula-mula ingat nak street view rumah sebab rindu. Lepastu terjumpa (gambar) arwah ayah. Arwah ayah ada lagi masa ni. Masa ni ayah mesti nak pergi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid tiap waktu. Al-Fatihah..” katanya.

Perkongsiannya itu telah menjentik hati ribuan netizen yang turut mendoakan Allahyarham bapanya.

“Itulah kerinduan yang paling menyakitkan ialah rindu kepada mereka yang telah tiada. Hanya gambar dan rakaman video sahaja boleh dijadikan kenangan untuk mengubat rasa duka di hati tatkala rindu,” kata seorang netizen.

“Allahu, bertabahlah. Saya dapat tengok rumah pun bengkak mata, inikan pulak nampak ayah bonda,” komen netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here