“TAHNIAH! Anda berjaya. Sebanyak 128,150 buah syarikat setakat ini diluluskan MITI untuk beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi hantaran Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu seakan tidak berpuas hati terhadap dengan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, terutama dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh untuk mengekang Covid-19 yang dilaksanakan ketika ini.
“Total lah sangat ni. Tenang – keadaan Covid masih terkawal, pernah kata seseorang tertentu,” sindirnya.
Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan sebanyak 128,150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh negara yang berdaftar dengan Intelligent Management System (CIMS) telah diberikan surat kebenaran operasi.
Beliau berkata, jumlah itu adalah berdasarkan keseluruhan permohonan 586,308 syarikat dengan 10.2 juta pekerja yang berdaftar dengan CIMS setakat jam 7.30 pagi tadi.
“Dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan ini, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali bagi 17 senarai perkhidmatan perlu dengan kapasiti tenaga kerja dihadkan kepada 60%,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/03/128150-syarikat-melibatkan-1-57-juta-pekerja-dibenar-operasi-azmin/

