Vaksin : Jangan sisih pensyarah Politeknik, Kolej Komuniti – Dr Maszlee

0
1

JAWATANKUASA Pendidikan Pakatan Harapan (PH) mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) memberi keutamaan dan menyegerakan pemberian vaksin untuk warga Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pengerusinya, Dr Maszlee Malik berkata berdasarkan statistik 2019, terdapat lebih 10,588 pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi) di seluruh negara.

Katanya, walaupun jumlah pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti lebih rendah berbanding bilangan, tetapi mereka juga menyumbang secara signifikan kepada pembangunan pendidikan negara khususnya Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Pencapaian kebolehpasaran Politeknik dan Kolej Komuniti yang melebihi 90 peratus. Setiap tahun lebih daripada kadar purata nasional institusi TVET, sering didendang dan disanjung.

“Malangnya aspek kebajikan para pengajar/pendidik, dan kakitangan TVET pula sering terpinggir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Maszlee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan dari pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti yang sering tertinggal dan tersisih dalam mendapat perhatian daripada kerajaan di kala wabak Covid-19 melanda.

“Berbanding golongan pendidik yang lain, mereka sering dipinggirkan dan tidak mendapat pembelaan,” katanya.

JKJAV dalam kenyataan hari ini berkata seramai 98,789 individu telah menerima vaksin pada 1 Jun 2021 di mana 74,484 menerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang telah menerima vaksin di negara ini melebihi 3 juta orang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here