TIADA tawaran pemberian vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada penduduk di daerah Kuala Muda dan Sungai Petani, Kedah tanpa perlu menunggu panggilan janji temu daripada aplikasi MySejahtera seperti tular di media sosial.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda menafikan kesahihan mesej yang menawarkan pemberian vaksin berkenaan.
“Pihak PKD Kuala Muda meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan mesej berkenaan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
“Orang ramai disaran untuk merujuk media sosial rasmi kementerian/jabatan/agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dari semasa ke semasa,” katanya. – Malaysiapost

