SEORANG jururawat lelaki berkongsi prosedur pesakit Covid-19 beragama Islam yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sebelum ‘ditidurkan’ ketika menerima rawatan di sebuah hospital.
KKM dalam perkongsian yang dipetik daripada akaun Facebook, Shahrin Sahbudin itu berkata, mereka akan meminta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap dengan keluarga melalui panggilan video sahaja sebelum ‘ditidurkan’.
“Pesakit Covid yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. mungkin itulah salam terakhirnya pada keluarga.
“Dan ini adalah perjalanan terakhir seorang pesakit COVID aku. Moga ditempatkan bersama para solihin.
“Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali,” katanya.
Dalam hantarannya, beliau turut memuat naik dua keping gambar yang kemudiannya diulang siar dalam FB KKM.
Untuk rekod, hari ini kes kematian Covid-19 merekodkan kes tertinggi apabila mencatatkan sebanyak 126 kematian. – Malaysiapost

