Isu LGM: Notis tuntutan guaman sudah diberikan – Khairuddin

0
1

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengarahkan Lembaga Getah Malaysia (LGM), LGM Properties Corporation (LGMPC) dan kementeriannya memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baginya, isu LGM sebenarnya bertujuan untuk menjejaskan nama baik dan reputasi dirinya serta agensi di bawah kementeriannya.

Menurutnya, kenyataan media telah dibuat bagi menjelaskan fakta serta laporan polis turut dilakukan oleh LGM dan LGMPC.

“Pada masa yang sama, barisan peguam telah mengeluarkan notis tuntutan guaman kepada pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata, arahan yang diberikannya itu selaras dengan nilai integriti dan ketelusan yang selalu beliau tekankan kepada semua pegawai di kementerian dan agensi di bawahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengaitkan namanya dengan skandal penjualan dan pajakan dua lot tanah milik LGM di Ampang yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember tahun lalu, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan pembabitan Khairuddin.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga 70 sen sekaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10 peratus setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 sekaki. – Malaysiapost

Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/06/02/isu-lgm-sebahagian-pemimpin-umno-bersemangat-serang-saya-khairuddin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here