Jantina anak panda dikenalpasti

0
1

ANAK panda yang dilahirkan di Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), Zoo Negara, Isnin lalu dikenalpasti sebagai panda jantan.

Jantina anak panda kelahiran kali ketiga untuk pasangan panda gergasi Liang Liang (betina) dan Xing Xing (jantan) sejak berada di Malaysia pada 2014 itu disahkan melalui satu video dihasilkan pihak Zoo Negara yang dikongsi di laman Facebook Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia hari ini.

Video berdurasi satu minit enam saat itu menunjukkan petugas PKGP, Zoo Negara membuat pemeriksaan terhadap anak panda terbabit.

Kelihatan petugas berkenaan mengambil anak panda terbabit daripada ibunya untuk pemeriksaan sebelun menyerahkannya kembali.

Perhilitan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan anak panda ketiga itu dilahirkan kira-kira jam 8.30 malam Isnin lalu.

Menurutnya, anak pertama dan kedua iaitu Nuan Nuan dan Yi Yi masing-masing sebelum ini dilahirkan pada 18 Ogos 2015 dan 14 Januari 2018.

“Pada masa ini, jantina anak panda itu belum dapat dikenal pasti kerana ia masih di bawah jagaan rapi ibunya dan tidak dapat didekati.

Menurut kenyataan itu, kelahiran anak panda gergasi kali ketiga berkenaan adalah satu lagi kejayaan kepada usaha konservasi Giant Panda di bawah Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan China yang dimeterai pada 2012. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here