Ingkar SOP PKP: Lima individu, pemilik premis dikompaun

0
1

SERAMAI lima individu serta pemilik sebuah premis makan di aras enam kompleks perniagaan ternama di Kuala Lumpur dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata hasil pemeriksaan pada 12.45 tengah hari itu mendapati kelima-lima pelanggan sedang menjamu selera di premis tersebut sekali gus melanggar arahan SOP PKP iaitu tidak dibenarkan ‘dine-in’ di premis makan.

“Justeru, kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 16 P.U (A) 243/2021 (PKP).

“Kompaun sebanyak RM20,000 telah dikeluarkan mengikut pecahan RM10,000 kepada pemilik premis, manakala RM 2,000 kepada setiap pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan seperti ini akan terus giat dilakukan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP demi memastikan usaha memutuskan rantaian Covid-19 ini berjaya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here