Cheng Hoe puji Cools cepat sesuaikan diri

0
1

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memuji sikap ditampilkan Dion Cools yang cepat menyesuaikan diri walaupun baru sehari menyertai latihan bersama rakan sepasukan baru.

Cheng Hoe menyatakan demikian ketika ditanya oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai perkembangan hari pertama pemain kacukan tersebut dalam pasukan kebangsaaan, menerusi video dimuatnaik di YouTube FAM TV.

“Dia (Cools) memberikan kami tanggapan yang cukup baik yang menunjukkan dia sungguh yakin. Dia boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan.

“Dia mempunyai sikap yang cukup baik dan lebih penting dapat sesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan bermain sebagai satu pasukan.

“Kerjasama berpasukan itu yang paling penting,” kata Cheng Hoe.

Semalam, Cools, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, secara rasmi diumum sebagai pemain ke-26 skuad Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Menurut Hamidin, kehadiran pemain kelab Superliga Denmark, FC Midtjylland itu akan memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Zabeel, Dubai pada 4 Jun diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (12 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (16 Jun).

Selepas lima perlawanan setakat ini, Vietnam menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan 11 mata diikuti Malaysia (9), Thailand (8), UAE (6) dan Indonesia (0). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here