Ayat tersebut antara respon di Instagram (IG) Story milik
TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik satu hantaran di Instagram, membuatkan ramai menyokong tindakannya tidak mahu mencampuri hal-hal yang tidak memberi kebaikan kepada rakyat.
Dalam hantaran tersebut, baginda menjelaskan tidak mempunyai masa untuk perkara remeh yang sama sekali tidak menjadi kepentingan buat dirinya.
Walaupun tidak dapat dipastikan pesanan tersebut ditujukan kepada siapa, baginda menegaskan fokus hanya tertumpu kepada bantuan rakyat.
“Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu,” tulis baginda.
Tunku Ismail juga menjelaskan kehidupannya bertambah baik selepas mengurangkan penggunaan media sosial.
“Saya menyedari kehidupan saya bertambah baik dari segi mental, rohani dan fizikal setelah memutuskan untuk hidup dengan kata sebenar dan bukan di media sosial.
“Saya tidak menentangnya. Tetapi saya percaya bahawa kita harus menggunakannya secara sederhana,” kata baginda lagi.
Sementara itu, baginda menasihati agar menggunakan media sosial secara bersederhana dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
“Untuk berkongsi gambar, terus berhubung dengan rakan dan membaca berita yang tidak toksid adalah lebih baik.
“Tetapi hidup di media sosial dari hari ke hari adalah kegilaan. Ia membuang masa. Hidup ini singkat. Lebih baik hidup di dunia nyata, melakukan perkara positif yang memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.
“Hargai keindahan dan buang perkara negatif. Hidup, cinta, bersyukur dan mempercayai perancang terbaik, Allah,” pesan baginda.
Baru-baru ini, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti Neelofa didakwa memuat naik hantaran di Instagramnya yang mengkritik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Bagaimanapun, Noor Kartini mendakwa ia berlaku disebabkan kecuaian pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja memuat naik Instagram Story menggunakan akaunnya.
Semalam, Polis Selangor dilaporkan telah mengambil keterangan Noor Kartini berhubung dakwaan mengkritik Sultan Ibrahim menerusi akaun media sosial miliknya.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Noor Kartini selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 10 pagi dan pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi bagi melengkapkan siasatan. – Malaysiapost
Foto Kredit: IG/hrhcrownprinceofjohor dan Murai

