Lockdown: Ahmad Maslan mahu turunkan berat badan

0
1

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mahu menggunakan kesempatan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ untuk menurunkan berat badan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkongsi mengenai azam tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar sedang melakukan senaman ringan.

“Ingin turunkan berat badan waktu #PKP Total #LockDown. Bukan hanya makan dan minum sambil menonton TV.

“Maka saya mulakan hari pertama 1/6/21 dengan bersenam agar badan dan fikiran jadi lapang.

“Saya berazam bersenam paling kurang setengah jam setiap hari,” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan menggunakan masa yang ada untuk menyambung menulis tesis Ijazah Doktor Falsafah (PhD). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here