Polis Selangor akan panggil ibu Neelofa

0
1

POLIS Selangor akan memanggil Datin Noor Kartini Noor Mohamed untuk dirakam keterangan berhubung hantaran yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor menerusi Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata sebelum ini kes melibatkan ibu kepada usahawan dan selebriti, Neelofa itu disiasat polis Kuala Lumpur.

Namun Nik Ezanee berkata siasatan diserahkan kepada Polis Selangor selepas insiden tersebut berlaku di negeri itu.

“Saya dimaklumkan wanita itu membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan percakapannya sudah direkod oleh polis di kontinjen berkenaan.

“Namun, kes itu kini diserahkan kepada polis Selangor dan sebab itu, wanita berkenaan akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan.

“Kita juga akan memanggil individu lain termasuk kakitangan wanita yang dikatakan mempunyai akses membuka laman Instagram milik ibu selebriti itu dan membuat hantaran berkenaan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung paparan di Instagram peribadi milik Noor Kartini yang didakwa mempertikaian saranan Sultan Johor supaya perintah kawalan sepenuhnya dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Katanya, siasatan awal mendapati seorang wanita berusia 32 tahun mengaku tersilap menggunakan instagram milik pengadu dengan membuat hantaran di Instastory Instragram.

Terdahulu tular tangkap layar menunjukkan imej dan titah Sultan Ibrahim berkaitan cadangan sekatan penuh bersasar bagi mengurangkan jangkitan Covid-19

Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata dipercayai mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut, yang dibuat akaun Instagram Noor Kartini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here