Menteri Besar runsing penduduk Pahang gagal hadir suntik vaksin

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

PERATUSAN penduduk Pahang yang gagal menerima suntikan vaksin pada waktu temu janji, dipandang serius oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, daerah Raub merupakan daerah tertinggi penduduk gagal hadir temu janji vaksin di pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu 45 peratus, diikuti Pekan (43), Maran (40), Bera (28), Bentong (22),Jerantut (22), Temerloh (18), Rompin (17), Kuantan (15), Lipis (14) dan Cameron Highlands (9).

“Selain isu pendaftaran rendah, saya juga dimaklumkan tentang peratus ketidakhadiran yang juga tidak memuaskan bagi menerima suntikan di PPV di negeri ini.

“Antara alasan yang diberi ialah tidak menyemak aplikasi MySejahtera, maka tidak sedar tentang lokasi, masa dan tarikh yang ditetapkan untuk menerima vaksin, dan ada juga memberi alasan terlupa.

“Terdapat juga dalam kalangan warga emas yang berubah fikiran setelah terpengaruh dengan berita tidak sahih mengenai pemvaksinan sepertimana disampaikan oleh ahli keluarga dan sahabat, serta yang tular di media sosial,” catatnya di Facebook, hari ini.

Justeru, Wan Rosdy penduduk Pahang sentiasa cakna dengan jadual temu janji pemberian vaksin yang ditetapkan selain memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengalami masalah pengangkutan ke PPV.

“Oleh itu, saya sarankan kepada kesemua mereka yang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin supaya sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing.

“Kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah berusia, bantulah mereka untuk menyemak dan sering ingatkan mereka mengenai tarikh, masa dan lokasi untuk menerima suntikan vaksin.

“Sehubungan itu, saya ingin mendapat maklum balas seluruh anak Pahang tentang apakah punca dan alasan lain bagi mereka yang telah mendaftar, tetapi gagal untuk hadir mendapat suntikan. Apakah juga kerana masalah pengangkutan,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here