“PETUGAS barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga,” demikian rayu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi hantaran di Facebooknya awal pagi ini, Dr Noor Hisham merayu kepada rakyat Malaysia untuk membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang ketika ini berhadapan dengan 78,017 kes aktif Covid-19.
Setakat 30 Mei, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Negara terus merekodkan peningkatan kes baharu sebanyak 6,9993 kes termasuk enam kes import semalam kini merekodkan 2,729 kematian sejak pandemik dikesan di negara ini awal tahun lalu dengan 79 kematian dilaporkan semalam.
Jumlah kes tertinggi direkodkan kelmarin dengan 9,020 kes. – Malaysiapost

