67 lagi kematian akibat Covid-19

0
1

MALAYSIA mencatatkan 67 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kematian dalam negara terus meningkat kepada 2,796.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak 79,523 kes aktif dilaporkan di seluruh negara setakat hari ini.

Daripada jumlah itu, 851 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 422 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,251 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 490,038.

Malaysia hari ini merekodkan 6,824 kes baharu positif Covid-19 dengan 6,821 adalah penularan tempatan manakala tiga kes import.

KKM turut mengenalpasti sebanyak 25 lagi kluster baharu di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here