Suami tak cemburu soal komen lucah di media sosial Elizabeth Tan

0
1

ASYIK diajukan pertanyaan mengenai suami, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan akhirnya mendedahkan suaminya dalam satu sesi soal jawab bersama peminat di laman Instagram.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata sesi soal jawab tersebut dilakukan kerana banyak pertanya daripada peminat yang mahu mengetahu lebih lanjut tentang suaminya, Siew Jim.

Menerusi sesi soal jawab tersebut, suaminya juga menjawab persoalan peminat sama ada cemburu atau tidak dengan komen-komen lucah di laman sosial media milik Lizzy.

Dengan tenang, Siew Jim menjawab bahawa tidak pernah cemburu dan tidak kisah dengan semua komen-komen di laman sosial milik isterinya, termasuk komen berbaur lucah.

“Secara jujur kosong peratus kerana saya tidak cemburu dan secara peribadi kami juga suka bercakap tentang komen lucah sesama sendiri.

“Lagi pula saya bukan seorang lelaki yang kuat cemburu,” katanya dalam video itu.

Dalam video itu juga, pelantun lagu ‘Semua Sudah’ tersebut berkongsi detik perkenalan bersama jejaka yang bertugas sebagai seorang doktor itu, dan berjaya menawan hatinya.

Menurut Lizzy, perkenalan mereka bermula di sebuah kedai minuman bar beberapa tahun lalu.

“Kami diperkenalkan oleh kawan baik suami dan selepas itu kami tidak bercakap selama tiga tahun dan selepas itu baru mula berkenalan semula,” katanya.

Keputusan Lizzy untuk menamatkan zaman solonya telah membuat ramai jejaka Melayu patah hati.

Ini kerana pada Mac lalu tersebar beberapa foto majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat karib sahaja. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here