HANYA dua orang dalam satu rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan makanan dan barangan kesihatan ketika pelaksanaan ‘total lockdown’ bermula Selasa ini sehingga 14 Jun depan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pergerakan selain daripada untuk mendapatkan keperluan makanan dan ubat-ubatan tidak dibenarkan.
“Pergerakan hanya dibenarkan dalam radius 10 kilometer sahaja,” katanya dalam sidang media khas situasi Covid-19 hari ini.
Beliau berkata, selain itu semua sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan total lockdown selama dua minggu.
Ismail Sabri berkata, semua sektor perkilangan dilarang beroperasi ketika pelaksaan total lockdown kecuali kilang yang berkaitan dengan perkhidmatan.
Antara sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi termasuk aeroangkasa; kilang makanan dan minuman; kilang pembungkusan dan percetakan khusus untuk makanan; dan penjagaan diri.
“Kerajaan harap pihak perkilangan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan di mana pekerja yang dibenarkan ketika beroperasi hanya 60 peratus,” katanya. – Malaysiapost

