JUMLAH kes harian Covid-19 hari ini menurun kepada 6,999 kes berbanding 9,020 kes yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu sekali gus menjadikan angka kumulatif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 565,533 kes.
Selangor masih mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 2,477 dikuti dengan Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Negeri Sembilan (468), Johor (433) dan Kedah 422 kes.
Sementara, Sarawak mencatatkan 513 kes, Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212) dan Melaka 202 kes.
Dalam pada itu, Sabah mencatat 190 kes, Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perli sebanyak tujuh kes. – Malaysiapost

