Zahid saran ‘total lockdown’ dilanjut 21 hari

0
1
zahid hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ yang diumumkan kerajaan semalam dapat dilanjutkan sehingga 21 hari.

Beliau berkata, tempoh total lockdown sehingga 21 hari itu juga dilaksanakan di negara lain termasuk Hong Kong dan Vietnam baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pelaksanaan total lockdown itu perlu disertakan dengan segala bentuk bantuan untuk rakyat untuk merangsang kitaran ekonomi.

“Bantuan kepada rakyat secara relatif akan mencipta permintaan dan ekonomi akan bergerak walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kenyataan Menteri Kewangan mengesahkan kerajaan telah memimjam RM 99.3 Billion. Jumlah pinjaman kerajaan termasuk Khazanah dan Petronas adalah RM 115.53 Billion,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, program Bantuan Priharin 3.0 dan bakul makan serta moratarium yang lebih efektif perlu disediakan untuk membantu rakyat mengharungi total lockdown berkenaan.

“Untuk apa meminjam jika kebajikan rakyat diabaikan. Bantulah rakyat melalui Bantuan Prihatin 3.0 serta bakul makanan yang lebih efektif serta I-Sinar 2.0 atau I-lestari plus.

“Jangan lupa gunakan Ordinan Darurat untuk Moratorium plus kerana Darurat diperolehi untuk melawan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP penuh selama 21 hari dengan menyediakan segala bantuan untuk kelangsungan hidup rakyat perlu dilaksanakan.

“Kita harus yakin dengan rakyat kerana usaha menangani pandemik ini melibatkan semua pihak,” katanya.

Justeru, Ahamad Zahid mengulangi gesaan untuk kerajaan melaksanakan PKP penuh dengan memenuhi lapan syarat termasuk PKP 21 hari, moratorium pukal, tambahan bantuan prihatin rakyat.

“Selain itu, kerajaaan digesa mempercepatkan dan menambah bantuan 150,000 komputer riba, perhebat program imunisasi kebangsaan serta tambah baik skim bakul makanan.

“Malah, UTC dan RTC dijadikan sebagai ‘one stop centre’ bantuan rakyat memerlukan serta tambahan hospital medan untuk rawatan pesakit Coovid-19 ,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perkara itu diputuskan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri petang semalam. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/28/kerajaan-umum-total-lockdown-mulai-1-hingga-14-jun/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here