Bapa rogol anak sejak usia enam tahun direman

0
1

SEORANG lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak bermula hari ini sehingga 4 Jun 2021, lapor Astro Awani.

Penahanan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Juruteknik di sebuah kilang berusia 45 tahun itu ditahan polis di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang semalam.

Terdahulu, menerusi laporan media, remaja berusia 18 tahun itu membuat laporan polis selepas tidak mampu menanggung tekanan dan trauma menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak berusia 6 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad dilaporkan berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya itu, Selasa lalu.

Mangsa memberitahu bapanya yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun. -Malaysiapost

Foto Kredit: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here