‘Total lockdown’, kerajaan dengar suara rakyat – Ismail Sabri

0
1

KEPUTUSAN kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini adalah mengambil kira suara serta cadangan rakyat yang diluahkan di media sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ‘total lockdown’ melibatkan fasa pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini menjadi tanda kerajaan mendengar suara rakyat.

“Keputusan ini juga mengambil kira suara rakyat, serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ yang banyak diluahkan di media sosial.

“Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini.

“Stay safe semua…saya sayang kalian semua,” katanya.

Sementara itu, rata-rata rakyat menyambut baik keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi itu.

Pelbagai komen warganet di media sosial termasuk di laman Facebook rasmi Perdana Menteri sebaik pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Rakyat mengharapkan ‘total lockdown’ selama 14 hari itu, dapat mengurang dan menghapuskan wabak Covid-19, namun berharap kerajaan segera umumkan bantuan untuk rakyat selain prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas.

Antara yang turut mengulas mengenai pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi itu adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Total lockdown 14 hari bermula minggu depan (1 Jun). Kita perhatikan SOP secara detail nanti,” katanya di Facebook malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here