Tajuddin tenang hadir mesyuarat di PWTC

0
2

DI SEBALIK spekulasi disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kelihatan tetap tenang.

Tajuddin tiba di pejabatnya di bangunan Umno jam 11.30 pagi tadi

Kelibatnya dapat dilihat memasuki Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Tajuddin memuat naik gambar beliau sedang mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki premis ibu pejabat Umno itu.

Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno, tiba di Menara Dato Onn kira-kira jam 11.30 pagi bagi menghadiri mesyuarat dengan Sekretariat Pilihan Raya Umno berhubung persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Road to GE15. Saya ke Menara Dato’ Onn untuk mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Pilihan Raya Umno berhubung persediaan parti menghadapi PRU-15 jam 11.30 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu, beberapa portal berita mendakwa bekas Pengerusi Prasarana itu ditahan SPRM berkaitan dua kes salahguna kuasa.

Portal itu melaporkan, Tajuddin ditahan petang semalam setelah hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat SPRM namun dibebaskan dengan jaminan.

Bagaimanapun keluarga Tajuddin menafikan laporan beliau ditangkap SPRM.

Bercakap kepada Malaysiapost, seorang ahli keluarga Tajuddin memaklumkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu berada di rumah sejak pulang dari IPD Dang Wangi semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here