Polis jumpa ibu bapa kanak-kanak panjat beranda kuarters

0
2

POLIS mengesahkan insiden seorang kanak-kanak lelaki memanjat pagar dan berjalan di sepanjang kaki lima beranda sebuah kuaters penjawat awam di Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata kejadian itu mendapat perhatian polis dan tindakan susulan telah diambil.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Balai Presint 7 untuk berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Saya difahamkan, Ketua Polis Balai Presint 7 juga sudah berhubung dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan susulan,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Semalam, tular video memaparkan kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia lapan tahun sedang berjalan dan bermain di luar beranda sebuah pangsapuri penjawat awam yang mendatangkan kebimbangan awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here