Tajuddin tak pakai pelitup muka, Syed Saddiq lapor polis

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas kegagalan bekas Pengerusi Prasarana memakai pelitup muka.

Syed Saddiq berbuat demikian ketika dipanggil memberi keterangan berkaitan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara, hari ini.

“Saya hadir untuk membuat laporan polis. Saya dapat membantu siasatan berkenaan rakaman ucapan Datuk Seri Tajuddin tanpa memakai facemask, hanya memakai face shield sahaja.

“Polis memberi layanan yang baik dan selama sejam setengah keterangan berkait rapat dengan isu tersebut,” katanya ketika ditemui media sejurus selesai membuat laporan itu.

Selasa lalu, Tajuddin hadir ke sidang media Prasarana untuk memberi taklimat dan perkembangan terkini kemalangan melibatkan dua tren transit aliran ringan (LRT) pada malam sebelumnya.

Dalam sidang media itu, beliau tidak memakai pelitup muka, sebaliknya hanya mengenakan pelindung muka.

Terdahulu, Syed Saddiq dipanggil ke IPD Dang Wangi berhubung ciapannya di laman Twitter yang mempersoalkan tindakan kerajaan kepada Tajuddin yang tidak memakai pelitup muka pada sidang media baru-baru ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here