Sukarelawan kesihatan diperlukan

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru penglibatan lebih ramai sukarelawan kesihatan bagi menangani pandemik Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penyertaan sukarelawan kesihatan itu adalah untuk membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 kerana ia amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas-petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

“Kepada mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan borang di pautan berikut: https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada: [email protected],” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pembabitan sukarelawan kesihatan yang diperlukan adalah membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan kesihatan itu pula adalah, berusia 18 hingga 60 tahun, sihat fizikal dan mental, tidak mengandung, mendapat kebenaran majikan bagi yang bekerja, bukan anggota KKM, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan dan tiada sejarah kontak rapat kes Covid-19 dalam masa 14 hari.

KKM juga tidak menyediakan Pengangkutan, penginapan, makanan atau elaun bagi sukarelawan dan segala kos sepanjang khidmat sukarelawan di tanggung sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here