Pejuang Wilayah sumbang satu lori telur ayam kawasan terjejas PKPD

0
1

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyumbang satu lori telur ayam untuk 632 rumah melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Lembah Pantai.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata sumbangan tersebut bagi meringankan beban penduduk-penduduk terbabit yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Syukur alhamdulillah misi Pejuang di bawah Pejuang Wilayah Persekutuan, Pejuanita, Pejuanita Muda dan Pejuang Muda telah berjaya mendapat kelulusan dari pihak penguatkuasa undang-undang serta MKN bagi menghulurkan bantuan ikhlas kepada mereka.

“Pihak kami telah berjaya menghantar satu lori bantuan telor ayam kepada 632 buah rumah yang terlibat di bawah ‘lock down’ ini.

“Kepimpinan Pejuang berdoa serta berharap agar sedikit bantuan ikhlas ini akan meringankan bebanan penghidupan seharian penduduk-penduduk di flat PPR Kpg Limau, Lembah Pantai serta insya-Allah akan cuba merancang bantuan seterusnya sehingga PKPD ini ditarik-balik tempohnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejuang turut mendoakan agar penduduk-penduduk tersebut dilimpahi kesejahteraan, keselamatan dan dilindungi dari wabak pandemik Covid-19.

“Insya-Allah, Pejuang akan terus komited untuk memantau seterusnya membantu seluruh penduduk-penduduk yang terlibat dari masa ke semasa,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here