Kit Siang kagum dengan Azalina

0
1

PEMIMPIN veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menggambarkan rasa kagum terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said kerana menggesa Parlimen kembali bersidang.

Menurutnya, Azalina yang juga Ahli Parlimen daripada Umno itu layak menjadi speaker, jawatan yang kini disandang bekas pengamal undang-undang Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau juga menyifatkan Azhar sebagai ‘gagal mempertahankan hak, kuasa, dan kedudukan Parlimen ’ yang termaktub dalam Perlembagaan.

Malah, Kit Siang mendakwa Azhar gagal menjadi pembela demokrasi berparlimen di negara ini.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat sepatutnya menunjukkan kepimpinan dalam mempertahankan hak, kuasa dan keistimewaan Parlimen daripada dihakis oleh pihak eksekutif memandangkan Perlembagaan kita didasarkan kepada doktrin pemisahan kuasa.

“Tidak ada mana-mana cabang kerajaan boleh mengganggu atau menghakis kuasa dan hak-hak cabang kerajaan yang lain.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Azalina hari ini mencadangkan Dewan Rakyat kembali bersidang kerana ia ‘satu-satunya cara untuk Malaysia melangkah ke depan’ bagi menangani Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengelak ‘drama tidak diingini’ beliau mencadangkan tiada usul undi tidak percaya dibawa sehinggalah pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompak mencapai tahap 50 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here