Kes cecah 7,000 bukti SOP tak berkesan – Tun M

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata kes harian Covid-19 yang mencecah lebih 7,000 sejak tiga hari lalu membuktikan prosedur operasi standard (SOP) kurang atau tidak berkesan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kenapa begitu ramai dijangkiti setiap hari atau masih belum dijangkiti, hanya boleh dijawab oleh mereka yang menguruskan wabak berkenaan.

Dr Mahathir memberi contoh ketidakpatuhan SOP melibatkan sekumpulan pekerja projek yang menunggu bas pekerja di tepi jalan ketika beliau dalam perjalanan pulang dari pejabat, kelmarin.

“Mereka bercangkung sederet. Lebih kurang 20 orang beratur. Yang ternampak jelas ialah mereka tidak amal jarak sosial. Boleh dikatakan tidak sedikit pun pemisahan antara mereka di sepanjang jalan. Ada yang pakai pelitup ke bawah dagu dan mungkin juga satu dua tak pakai pelitup langsung.

“Saya tak fikir mereka sudah disuntik. Tetapi yang jelas ialah mereka tidak ikut SOP. Cara mereka dekat diri antara mereka tetap memudahkan jangkitan.

“Saya percaya di tempat-tempat kerja lain pun cara pekerja abaikan SOP tentu begitu. Tidak ternampak tandil (ketua) atau overseer sesama mereka yang boleh menegur cara SOP mereka,” katanya menerusi catatan di laman blognya hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata SOP memang baik tetapi cara ia diamal oleh pekerja dan orang ramai tidak seperti dikehendaki menyebabkan jangkitan berlaku dengan mudah.

Beliau memberi contoh, di masjid jemaah menjauhkan diri semasa solat tetapi selepas itu tidak, malah semakin mendekat apabila keluar masjid.

“Saya berpendapat pihak polis dan frontliners lain perlu tentukan jarak sosial diamal dengan baik.

“Memandang bahawa virus ini boleh ditiup angin, adalah lebih baik jarak perpisahan sejauh dua meter.

Semasa bekerja, pekerja tidak mengikut jarak antara mereka. Demikian juga di tempat beli belah,” katanya.

Kata Dr Mahathir lagi, ekonomi akan merosot kerana ‘lockdown’ tetapi lebih baik kemerosotan ekonomi dari kematian.

“Saya tak hendak komen bagaimana darurat berkesan dalam pengawalan wabak Covid-19, ” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here