Dua tren LRT berjaya dibawa keluar pagi tadi

0
1

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan kedua-dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang terlibat dalam kemalangan pada 24 Mei lalu telah berjaya dibawa keluar pagi tadi.

Ka Siong berkata, beliau menerima laporan daripada Team Recovery Rapid Rail pada jam 5.24 pagi tadi berkenaan perkara terbabit.

Katanya, kedua-dua tren tersebut berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan setelah pasukan berkenaan bekerja tiga shif tanpa henti.

“TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi.

“Justeru, pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa “Power Down” (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ianya melibatkan 5 buah stesen LRT sepanjang stretch akibat daripada “power down”. Lima buah stesen LRT yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebaik saja kerja pembaikan ‘stretch’ berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak Pengangkutan, menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut.

“Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan “power down” dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, maka terdapat “bottleneck” kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (7 buah stesen LRT) dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui stretch berkenaan adalah 16 minit.

“Akan tetapi, kaedah “platoon” akan digunakan bagi 2 tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan bottleneck.

“Dimaklumkan juga 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana yang saya umumkan semalam selepas melawat OCC,” jelasnya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan bottleneck dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang PKP 3.0 dengan SOP diperketatkan sehingga 7 Jun 2021 tanpa mengurangkan frekuensinya seperti kenyataan media saya pada 22 Mei 2021,” katanya.

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here