Covid-19: Jangan tunggu gejala semakin teruk baru ke hospital – KKM

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) meminta orang ramai yang mempunyai gejala Covid-19 agar segera melakukan ujian saringan.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak meninggu gejala menjadi semakin teruk seperti sukar bernafas terutama melibatkan golongan berisiko tinggi.

“Jika anda bergejala, lakukan ujian saringan. Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk seperti sukar bernafas terutama melibatkan golongan berisiko tinggi.

“Tindakan utama kita ialah lindungi diri daripada Covid-19, ” kata KKM.

Menurut KKM, ia penting bagi mengelak seseorang pesakit Covid-19 terlambat mendapatkan rawatan, seterusnya boleh menyebabkan kematian di luar hospital.

“Lapan kes brought-in-dead (BID) daripada 63 kes kematian Covid-19 telah dilaporkan semalam, 26 Mei.

“BID adalah kes kematian di luar hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here