“Pah ceroh tekan butang negeri tak boleh” – netizen

0
1

RAMAI yang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak dapat mengakses laman sesawang bagi membuat tempahan slot temu janji vaksin AstraZeneca bagi individu bawah 60 tahun yang dibuka hari ini.

Semakan di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mendapati rata-rata individu yang menunggu untuk membuat tempahan pada jam 12 tengah hari, gagal untuk mengakses berikutan kepadatan trafik laman sesawang itu.

Pemberitahuan awal di laman tersebut memaklumkan permohonan dibuka pada tepat jam 12 tengah hari, namun terdapat sedikit perubahan dan dianjak kepada 12.15 tengah hari disebabkan laman tempahan temu janji vaksin AstraZeneca masih dikemas kini.

Namun begitu, ramai yang memaklumkan selepas berjaya memasuki sistem, paparan menunjukkan slot sudah penuh walaupun ruang tempahan masih berwarna hijau.

Sejurus kemudian, kira-kira jam 1.20 tengah hari, laman tersebut memaklumkan slot tempahan sudahpun ditutup.

https://twitter.com/akemsaid/status/1397429349259776000?s=21

Beberapa hantaran pemilik akaun Twitter menyuarakan masalah yang sama iaitu sukar membuat pilihan negeri untuk temu janji vaksin, dan setelah berjaya ianya sudah penuh.

“Habis kami ni macam mana? Yang tekan butang negeri dari awal tak lepas-lepas< saya masuk website 15 minit awal. Lepas itu lagi 15 minit. Akhirnya apa tu tiada.”

“Aku tunggu dari pukul 12 tadi hadap laptop sampai sakit kepala berdenyut bila sangkut dekat negeri. Lepas itu tiba-tiba tempahan tutup. Tolong naik taraf sistem.”

“Pah ceroh tekan butang negeri tak boleh. Dah cuba isi balik sampai 30 kali pun tak lepas.”

Terdahulu, JKJAV memaklumkan lebih 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat, setakat kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here