Bront Palarae kecewa dengan kerajaan?

0
1

“TERIMALAH hakikat yang kalian sememangnya tidak mampu,” luah pelakon, Bront Palarae.

Perkara itu diluahkan Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak dalam kenyataan berkenaan, namun ia dipercayai ditujukan kepada kerajaan susulan peningkatan kes Covid-19 yang sekali gus memberi kesan kepada rakyat.

“Jangan bersembunyi di sebalik kalimah perjuangan dan membela nasib rakyat. Terimalah hakikat yang kalian sememangnya tidak mampu,” tulisnya dalam ciapan itu.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan memperjuangkan dan membela nasib rakyat, tunjukkan tindakan yang berkesan bukan menekan rakyat.

“Cukup sudah derita yang kami lalui, jangan ditambahkan lagi beban kami dek kejahilan dan ketamakan kalian.

“Jangan sampai kekecewaan kami berubah menjadi dendam,” katanya.

Bagaimanapun, Bront tidak memaklumkan punca dan sebab yang menimbulkan ketidakpuasan hati itu. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here