Sharifudin Abdul Rahim
CUMA 30 minit. Itu tempoh yang perlu ditunggu ketika orang ramai menerima vaksin AstraZeneca (AZ) di Pusat Pemberian Vaksin AZ (PPV) di seluruh negara.
Tinjauan Malaysiapost di PPV Pusat Dagangan Dunia di ibu negara mendapati proses pemberian vaksin tersebut lancar.
Bukan saja pantas, malah ia untuk keselamatan semua rakyat bahkan doktor sentiasa memberikan nasihat sebelum dan selepas mengambil vaksin.
Jika ada demam pun, tidaklah teruk. Jadi apa lagi, ambillah vaksin, pastikan Lindung Diri, Lindung Semua! – Malaysiapost















