Pesawat pengintip ujian Israel rentas ruang udara KL ke Singapura

0
1

SEBUAH pesawat pengintip prototaip milik Israel dilaporkan sedang menjalani penerbangan ujian di Singapura.

Ujian penerbangan selama empat jam itu melibatkan pesawat Boeing 737-400 dengan nombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta, lapor portal airtimes.my.

Menurut portal tersebut, tinjauan di FlightRadar 24 mendapati pesawat itu terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara negara jiran itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Melihat semula rekod penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu, lalu menuju ke Teluk Aqaba, Semenanjung Sinai, Mesir.

Pada 20 Mei, pesawat itu dilapor tiba di utara Selat Melaka pada jam 6 pagi waktu Malaysia.

Seterusnya, pesawat milik syarikat pertahanan Israel itu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki 17 minit kemudian.

Isyarat 4X-AOO kemudian hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada jam 11.30 pagi.

Menurut airtimes.my, pesawat itu digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan mairitim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.

Pesawat ini pernah digunakan bagi mengesan dan menjejak kapal yang menyeludup senjata ke Palestin,” menurut portal tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here