LRT laluan Kelana Jaya beroperasi seperti biasa

0
1

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa menggunakan satu landsan (single track) bermula jam 6 pagi tadi.

Prasarana berkata, namun penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak.

“Dengan kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak, para penumpang dijangka perlu menunggu dengan lebih lama sedikit daripada biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata, operasi LRT Laluan Kelana Jaya itu disokong oleh perkhidmatan lima bas perantara dua tingkat secara percuma dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit pada waktu puncak untuk membawa penumpang ke mana-mana stesen di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Ampang Park.

Dalam insiden malam tadi, seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan apabila dua tren LRT bertembung dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC.

Siasatan awal mendapati, tren tersebut bertembung dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji secara kawalan manual tanpa diselaras dengan pusat kawalan.

Kejadian jam 9.15 malam itu melibatkan tren bernombor 40 dan 81. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here