Kek hasil air tangan Tunku Azizah untuk petugas CPRC, HKL

0
1

RAJA Permaisuri Agong hari ini berkenan mengurnia dan menyajikan kek hasil air tangan Seri Paduka Baginda kepada para petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara hari ini yang memaparkan tiga jenis kek cawan.

Kesemua kek berkenaan kelihatan begitu menyelerakan dan tentunya akan memberi sedikit keceriaan kepada petugas barisan hadapan negara di kedua-dua lokasi terbabit.

“Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menghargai khidmat bakti dan komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan oleh petugas barisan hadapan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak Covid-19,” tulis Istana Negara.

Ketika Ramadan lalu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan hobi memasaknya, menyediakan juadah bubur lambuk untuk diagih kepada petugas barisan hadapan negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here