Covid-19: Labuan rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi

0
1
Petugas melakukan ujian saringan Covid-19 kepada Amy Goh, 21 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) di Labuan mencatat rekod tertinggi dan melepasi Rt negara iaitu 1.76 mengikut jangkaan kes harian, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai Rt bagi Malaysia adalah 1.21.

“Ia diikuti oleh Perlis dengan nilai Rt 1.58, Terengganu (1.3), Negeri Sembilan (1.3), Pahang (1.27) dan Perak (1.25) serta Melaka (1.25),” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kedah merekodkan nilai Rt 1.23, Putrajaya (1.17), Sabah (1.16), Johor (1.14) dan Kelantan (1.11).

Katanya, Kuala Lumpur merekodkan (1.09) dan Sarawak pula (1.04). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here