Ciapan sindir angka Covid-19, Iman Troye dikecam netizen

0
1

PADAH berkongsi statistik angka jangkitan Covid-19 berbaur sindirian dalam ciapan Twitternya, penyayi, Iman Troye terpaksa menutup akaun media sosialnya itu selepas menerima kecaman netizen.

Pemilik nama sebenar, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, dipercayai memuat naik ciapan sinis yang seolah-olah gembira dengan peningkatan jumlah jangkitan pandemik berkenaan semalam yang hampir mencecah 7,000 kes.

Tindakan Iman itu mengundang padah apabila netizen menganggap Iman tidak sensitif selain menjadikan jumlah kes yang semakin meningkat sebagai bahan gurauan.

“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihihi,” ciapnya.

Difahamkan, Iman menyahaktif akaun Twitternya selepas beberapa jam memuat naik ciapan ‘mengundang’ berkenaan.

Netizen yang berang dengan tindakan Iman itu turut menasihatkan penyanyi yang meningkat naik berkenaan supaya tidak membuat kenyataan menimbulkan kontroversi.

“Kalau nak bergurau pun, ini dah melampau! kau ingat orang suka ke tweet macam tu? Duduk diam-diam sahajalah.

“Iman Troye buat hal ke? Dah deactive akaun Twitter. Iman sepatutnya kena sensitif dengan isu melibatkan Covid yang boleh mendatangkan marah jangan bicara,” tulis netizan.

Sementara seorang lagi netizen, menyatakan kekecewaan terhadap gadis itu kerana tidak sensitif dengan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumur memerangi Covid-19.

“Petugas barisan hadapan kepenatan, orang ramai mati dan kamu masih berani tweet harap esok dapat 7,000! Adakah ini gurauan, sangat tak sensitif,” katanya.

Semalam, Malaysia melaporkan sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 512,091 kes direkodkan sejak wabak itu melanda negara.

Jumlah yang dicatatkan semalam adalah yang tertinggi pernah direkodkan negara dan ia juga hari keempat berturut-turut kes harian melebihi 6,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here