Beri bantuan jika mahu rakyat laksana kawalan kendiri – Zahid

0
1

KERAJAAN perlu menyediakan bantuan sewajarnya jika mahu rakyat melakukan kawalan kendiri atau ‘self lockdown’ sepenuhnya dan tidak hanya menyalahkan rakyat dengan peningkatan kes Covid-19.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berpendapat majoriti rakyat Malaysia memang mahu melaksanakan kawalan kendiri bagi diri sendiri dan keluarga.

Menurutnya, langkah itu sukar dilakukan kerana rakyat perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan.

“Rakyatkah yang salah? Rakyatkah yang degil tidak mahu self lockdown sehingga menyebabkan kes Covid-19 di Malaysia semakin parah?

“Saya tidak fikir begitu. Malah saya yakin majoriti rakyat kalau boleh memang mahu self lockdown diri dan keluarga.

“Rakyat hari-hari bimbangkan keselamatan diri dan keluarga. Jika boleh tidak mahu keluar rumah sehingga keadaan kembali stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bukan sedikit jumlah rakyat yang terpaksa mengambil risiko bergerak ke sana ke sini demi ‘survival’ diri dan ahli keluarga.

Ahmad Zahid berkata, rakyat tidak patut dituduh pentingkan diri sendiri dan tidak tahu menjaga kawalan kendiri kerana mereka telah buktikan iltizam membendung wabak Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

“Tetapi ketika itu mereka dapat bantuan yang memang wajib diberikan oleh kerajaan kepada rakyat untuk bertahan sehingga keadaan memulih.

“Justeru, jika mahu rakyat mengamalkan kawalan kendiri 100 peratus tanpa PKP penuh, maka kerajaan perlu bantu rakyat agar mampu melakukannya.

“Jangan sesedap rasa mahu memberi peringatan kepada rakyat supaya self lockdown seolah-olah rakyat tidak peduli bahaya Covid-19,” katanya.

Menurutnya, alasan jika kerajaan terus memberi bantuan kepada rakyat akan memberi kesan kepada ekonomi negara difahami, namun setiap permasalahan ada resolusinya kerana itu wujud istilah musyawarah bagi mencari jalan penyelesaian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here