Polis siasat pemimpin politik wanita langgar SOP sambut Aidilfitri

0
1

POLIS sedang menyiasat seorang pemimpin wanita dari sebuah parti politik di Melaka yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata siasatan sedang dijalankan berkaitan pelanggaran SOP dengan menyambut Aidilfitri secara berkumpul beramai-ramai.

Selain itu, katanya siasatan melibatkan aktiviti kunjung-mengunjung yang dilarang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(4), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 (Akta 342).

“Kami masih menjalankan siasatan selepas menerima satu laporan baru-baru ini,” katanya dipetik portal Melaka Hari Ini.

Terdahulu, tular 20 keping gambar sambutan Hari Raya bersama keluarga yang dimuat naik pemimpin wanita berkenaan di Facebook.

Warganet mempersoalkan ketidakpatuhan SOP pemimpin berkenaan memandangkan arahan MKN melarang semua aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati hantaran gambar-gambar itu telah dipadamkan oleh pemiliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here