Pintasan Saloma tetapkan tema cahaya warna bendera Palestin

0
1

PERBADANAN Pembangunan Kampong
Bharu (PKB) telah menetapkan tema pencahayaan Pintasan Saloma dengan
warna hijau, merah dan putih.

PKP menerusi kenyataan berkata ia sebagai tanda solidariti bersama Palestin selepas serangan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin selama 11 hari bermula 10 sehingga 21 Mei 2021.

“Penetapan tema warna bendera Palestin ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan teruk dengan keganasan rejim Zionis Israel.

“Kempen pencahayaan bendera Palestin di Pintasan Saloma bermula hari ini hingga 28 Mei 2021 selama seminggu dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam.

“Pintasan Saloma bukan sahaja menjadi “Ikonik Pelancongan Baru” dan lokasi
“landmark” pencahayaan, malahan menjadi medium penyampaian mesej keamanan peringkat Malaysia dan dunia,” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here