KKM guna ordinan darurat ambil alih dua hospital

0
1
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bakal mengambil-alih dua hospital yang belum digunakan lagi menerusi Ordinan Darurat dalam usaha siap siaga merawat pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua hospital sedang dalam perhatian untuk diambil-alih adalah Hospital Cyberjaya dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau menjelaskan, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM mempunyai 243 katil biasa belum digunakan dan 20 lagi katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kita boleh menggunakannya untuk siap siaga menerima pesakit COVID-19,” katanya ketika sidang media bersama Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here