Ahmad Yazid Othman
MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM) adalah sebuah pertubuhan naungan yang mewakili lebih dari 50 pertubuhan ekonomi Melayu bukan kerajaan di peringkat kebangsaan.
Platform kebangsaan MTEM adalah yang pertama diwujudkan di Malaysia dan mewakili lebih dari 500,000 perniagaan Melayu.
- Dalam keadaan semasa yang dihadapi ketika ini iaitu wabak Covid-19, semua industri perlu bekerjasama dalam memastikan kesemua industri berusaha mencapai standard keselamatan tertinggi untuk terus kekal berdaya saing. Maka, langkah berubah ke arah digitalisasi amatlah penting bagi memastikan keselamatan terkawal sepanjang tempoh pandemik.
- Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita patut mengambil
kesempatan untuk menilai semula sistem pentadbiran dan operasi. Kita dapat melihat
bahawa Kluster kilang dan kluster tempat kerja semakin meningkat dan berleluasa. - Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pihak pengurusan syarikat untuk menguruskan data dengan lebih jelas mengenai sektor-sektor ini dalam keadaan
semasa yang semakin terjejas dengan wabak covid-19. Ini merangkumi pekerja awam,
swasta termasuklah pekerja asing. - Oleh itu, segala transaksi tanpa sentuh mahupun pembayaran secara digital amatlah
penting demi memastikan rantaian Covid-19 terhapus. Saya dapat melihat terdapat
sistem yang mampu membantu banyak pihak terutama di tempat kerja. Sebagai
contoh, baru-baru ini kerjasama antara CIDB dan Bayo Pay telah membuka jalan penyelesaian yang kreatif bagi membantu syarikat pembinaan dan juga pekerjanya
dari segi penyelesaian untuk pembayaran dengan memperkenalkan “Kad Hijau”.
Berikut adalah faedah Kad Hijau;
a. Pekerja termasuk pekerja asing menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kad bank bagi menyimpan gaji mereka tetapi dengan adanya Kad Hijau tersebut
membolehkan pekerja asing menyimpan dan membuat pembelian dengan hanya mengunakan kad hijau dan aplikasi yang tersedia dalam telefon pintar mereka.
b. Ketika kita sedang sibuk mencari jalan untuk mendigitalisasikan industri ini, seharusnya kita beringat apabila ia melibatkan pengurusan pekerja asing, ia juga akan melibatkan masalah keselamatan negara. Oleh yang demikian, adalah penting
untuk memastikan bahawa terdapat juga penglibatan dari pihak-pihak tempatan.
c. Mampu mengurangkan penyebaran wabak covid-19 dengan praktik pengunaan
pembayaran tanpa sentuh.
d. Malah dengan Kad ini kita boleh kenal pasti di mana tempat tinggal mereka yang
boleh dilawati pihak berkuasa sekiranya ia selari dengan Akta, yang menjadi punca
penularan virus dalam kalangan mereka.
- Hal ini juga telah disokong oleh Datuk Shafie Mammal, selaku Pengerusi UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) dan Setiausaha Am ASEAN Services Employees Trade Union Council (ASETUC) yang telah mengetengahkan bahawa banyak manfaat dengan adanya teknologi dan sinergi tersebut dalam industri di Malaysia. Kini telah terbukti bahawa syarikat tempatan seperti Bayo Pay juga mampu membuat pembangunan teknologi.
- Saya juga menyokong idea yang telah dibentangkan oleh Datuk Shafie B.P Mammal
bahawasanya Bayo Pay perlu mengambil peluang ini untuk mengembangkan
perkhimatan Kad Hijau tersebut kepada sektor lain termasuklah Kumpulan Wang
Simpanan Perkerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), syarikat-syarikat insurans dan termasuklah syarikat besar seperti Sime Darby Plantations dan FELDA. - Dengan kerjasama ini maka terbuktilah bahawa kini Malaysia menjadi sebuah negara
yang semakin maju apabila syarikat-syarikat digital khususnya fintech telah memberi manfaat yang berguna kepada negara dan rakyat Malaysia. Tidak dinafikan dengan perubahan teknologi terkini yang semakin maju, Malaysia juga bakal menjadi salah satu negara yang maju di dunia kini. Selain Kerjasama CIDB & BayoPay, lagi usahasama inovasi tempatan adalah seperti SoukAsia yang bekerjama dengan DPMM untuk meningkatkan penerimagunaan e-dagang sebagai platform masa depan untuk PKS berasaskan Syariah dan Halal yang masih rendah. - MTEM juga mengingatkan pihak yang bertanggungjawab untuk tidak mengambil mudah inisiatif digitalisasi dalam agensi yang melibatkan keselamatan dalam negara
termasuklah dalam urusan pengurusan pekerja asing. Kita bukan sahaja perlu utamakan solusi yang dihasilkan tenaga kerja tempatan tapi perlu juga dipastikan mereka
yang terlibat atau yang mendapat laba, berintegriti tinggi dan tidak tercalar dengan
gejala rasuah dan mempunyai penglibatan denga kartel pemerdagangan manusia
atau sebagainya.
.
Penulis ialah Felo Kanan,
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

