Tiada lagi zon hijau di Semenanjung

0
1

HANYA tinggal tujuh zon kuning manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung, kongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Menerusi perkongsian infografik oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan ketujuh-tujuh zon kuning itu adalah Perak Tengah, Perak; Sik, Kedah; Gua Musang, Kelantan; Kemaman dan Hulu Terengganu, Terengganu; Comeron Highlands, Pahang serta Mersing, Johor.

Pada masa sama, sebanyak lapan zon jingga dilaporkan, iaitu Kangar, Perlis; Padang Terap dan Langkawi, Kedah; Beta, Maran dan Rompin, Pahang; Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta Kampar, Perak.

Sementara, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka menyaksikan semua daerah berada dalam zon merah termasuk Putrajaya.

Zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan dalam tempoh 14 hari, kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

Dalam pada itu, di Sarawak, hanya lima daerah zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

Manakala di Sabah, terdapat tujuh daerah masih berada dalam zon hijau iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Tongod, Telupid dan Beluran. Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here