Liridon, Junior dan Dominic sertai latihan pertama Harimau Malaya di Dubai

0
1

SKUAD Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi latihan pertama di Dubai, malam tadi yang disertai Liridon Krasniqi, Junior Eldstal dan Dominic Tan.

Mereka melaporkan diri bersama skuad kebangsaan selepas mengambil penerbangan terus ke Dubai dari kelab diwakili mereka di Australia dan Thailand.

Pemain KV Kortjrij, Luqman Hakim Shamsudin dijangka tiba dari Belgium, pagi ini bagi melengkapkan skuad 25 pemain Harimau Malaya.

Semalam, skuad Harimau Malaya berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai bagi menghadapi baki tiga aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun ini.

Penerbangan sewa khas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 pagi membawa 45 pemain serta barisan kejurulatihan, diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Skuad kendalian Cheng Hoe akan mengadakan dua perlawanan pemanas badan bertemu Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama.

Mereka kemudian memulakan aksi tiga perlawanan terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai iaitu bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun 2021). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here