PKP3.0: SOP sektor ekonomi, sosial akan diperketat

0
2
jalan raya sjr sekatan

PROSEDUR operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial akan diperketatkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Perinciannya akan diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bermesyuarat petang tadi.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam sidang khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

“Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan Covif-19.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021 (esok),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PKP 3.0 sedang berlangsung selama empat minggu di seluruh negara bermula 12 Mei lalu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here