TIDAK sampai tempoh 24 jam, Israel telah mencabuli gencatan senjata dengan menyerbu Masjid Al-Aqsa ketika umat Islam Palestin sedang menunaikan solat Jumaat.
Menurut Shehab Agency, pertempuran berlaku di Masjid Al-Aqsa dan menyebabkan ramai rakyat Palestin yang cedera dan juga ditangkap.
“Pertembungan dalam Masjid Al-Aqsa setelah Israel menyerang perarakan kemenangan pejuang Palestin.

“Tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan melepaskan bom tangan dan peluru getah ke arah para jemaah.

“Tentera Israel juga menyerbu Masjid Al-Aqsa yang diberkati dan menembak gas pemedih mata ke arah jamaah,” lapor Shehab Agency, hari ini.
Terdahulu dilaporkan Israel telah menawarkan gencatan senjata dengan Hamas selepas 11 hari membedil rakyat Palestin di Gaza. – Malaysiapost

