‘Alhamdulillah, khabar gembira daripada Palestin’ – Hadi

0
1

DUTA Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan rasa syukur apabila Israel dan Hamas secara rasmi bersetuju mengadakan satu gencatan senjata, hari ini.

Abdul Hadi berkata, situasi terbaharu itu juga telah membuka mata umat Islam dan dunia terhadap perjuangan Palestin dan kebiadaban Israel.

“Alhamdulillah, khabar gembira daripada Palestin, kemenangan untuk Palestin dan kemanusiaan.

“Peristiwa yang terbaharu ini telah membuka mata Umat Islam dan warga dunia terhadap perjuangan Palestin dan kebiadapan Israel,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Abdul Hadi berkata, kini tiba masanya untuk mencari penyelesaian, melindungi keadilan, mengembalikan keamanan, dan membina semula Palestin secara bersama.

“(Usaha) itu didokong oleh kesatuan Umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya.

Terdahulu, Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas 11 hari.

Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, Kabinet keselamatannya ‘dengan sebulat suara’ menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat.

Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuatkuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan). – Malaysiapost

Foto Kredit: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang/FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here