Selebriti ingkar SOP: Kau yakin tak kena penjara kan? – Diva AA

0
1

Nurul Huda Abhar

“Muhasabah la sekarang ini masa penyakit. Otak mana otak?”

Demikian pertanyaan pelakon dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kepada selebriti yang dikatakan berkali-kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Diva AA, sepatutnya selebriti tersebut berfikir dengan lebih bijak sebelum bertindak mengingkari SOP, oleh kerana keadaan Covid-19 di negara kini semakin meruncing.

“Katil pun tak cukup, tempat nak simpan mayat pun sampai tak cukup, lagi kau nak menunjuk raya?,” katanya dalam video tular di media sosial.

@mstarmalaysia

Azwan Ali gesa tindakan tegas terhadap Neelofa kerana kerap kali langgar SOP. #mstarmalaysia #fyp #DivaAA

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Kenyataan Diva AA tersebut dipercayai berhubung kait dengan tindakan pasangan kontroversi Neelofa dan PU Riz yang dikatakan sekali lagi melanggar SOP Aidilfitri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab selebriti tersebut menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengetatkan kawalan dan mengeluarkan SOP baharu yang berkaitan.

Malah, Diva AA juga mengecam selebriti tersebut yang dikatakan sengaja melanggar SOP berkali-kali kerana boleh membayar kompaun dan yakin tidak akan di penjara.

“Kerana kau orang lain tak dapat balik raya, kerana kau macam-macam SOP keluar. Macam kau bangga sangat beraya dengan keturunan kau.

“Kau sengaja kan? Sebab rasa boleh bayar kompaun dan tak akan di penjara. Bukan artis seorang ini sahaja, berlambak lagi artis yang macam ni,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar SOP Aidilfitri yang ditetapkan.

Tular di media sosial video berdurasi 27 saat menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain.

Hari ini, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke dalam sebuah kedai karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

PU Riz pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan pertuduhan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kedai karpet berkenaan. – Malaysiapost

Foto Kredit: mStar/Tiktok

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/05/19/neelofa-hadapi-satu-pertuduhan-pu-riz-2-pertuduhan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here