Netanyahu tolak genjatan senjata, ‘nekad’ bedil Gaza

0
1

JET tempur Israel terus menceroboh Gaza hari ini – dengan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menentang seruan Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan gencatan senjata.

Memetik laporan portal AlJazeera, masuk hari ke-11 keganasan berlaku di Palestin, sekurang-kurangnya 227 terbunuh termasuk 64 daripadanya adalah kanak-kanak dan 38 wanita.

Rabu lalu, Netanyahu menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza dan menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan.

Netanyahu menerusi perbualan telefon dengan Biden, mengatakan dia ‘bertekad’ untuk terus mengebom Gaza hingga ‘tujuan Israel tercapai’ .

Rumah Putih berkata, Biden berharap Netanyahu akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.

Usaha diplomatik gencatan senjata antara Israel dan Hamas ketika ini masih terhenti – dengan Amerika Syarikat terus menyekat tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here